www.SYAZWANYAZID.com

Negeri Sembilan | Kuala Lumpur | Selangor | Perak | Perlis | Kedah | Pahang

::: ABOUT ME :::
.....dream & fantasy's explorer.....


::: CERITA SAYA :::

Nama : Muhammad Syazwan Bin Md Yazid
Asal : Rembau, Negeri Sembilan
Umur : 20-an
Status : 4 Tempat Kosong

Seorang anak muda bercita-cita besar yang dilahirkan di Seremban dan dibesarkan di Rembau, Negeri Sembilan. Dibesarkan dalam keluarga yang sederhana dan mendapat didikan oleh ayah dan ibunya yang mana kedua-duanya bekerja sebagai guru. Mendapat kelulusan yang baik dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan meneruskan pelajaran di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Perlis. Pernah mendapat tawaran belajar Diploma 'Art & Design' oleh UITM Shah Alam, tetapi ditolaknya atas hasrat seorang ibu yang menginginkan anaknya menjadi seorang pendidik anak bangsa. Prinsip hidupnya iaitu 'Pengalaman adalah guru yang terbaik' membuatkannya terus belajar dan belajar daripada setiap pengalaman yang dilaluinya. Minat yang mendalam dalam bidang seni membuatkan anak muda ini tabah untuk belajar dalam bidang ini dengan sendiri dan menjadikan bidang ini sebagai kerjaya kedua dalam hidupnya. Memilih seni fotografi dan rekaan grafik sebagai menu utama dan minat ini telah membawanya merantau ke kebanyakan negeri di Malaysia atas hanya inginkan sesuatu ilmu yang baru. Walaupun masih lagi mentah dalam bidang ini, namun perjalanan anak muda ini masih lagi jauh dan semangat ini tidak akan pernah padam. Ilmu yang ditimba sedia untuk dikaryakan kepada sesiapa sahaja yang berminat. Walaupun karyanya tidaklah sehebat pemain profesional di luar sana, tetapi karya yang dihasilkan cukup teliti dan cuba untuk mencapai kualiti yang terbaik. Wang ringgit bukanlah sesuatu yang dikejar, sebaliknya kepuasan dalam menjalani kehidupan yang membuatnya tenang. Karya yang dihasilkan memberikan suatu kepuasan yang tidak dapat diungkapkan kepada dirinya. Pernah memberikan khidmat fotografi di Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Selangor, Perlis, Kedah, & Perak. Pengalaman yang dilalui mungkinlah tidak seberapa buat orang lain, tetapi inilah harta paling berharga dalam hidupnya. Sememangnya anak muda ini bercita-cita untuk menjadi seorang yang profesional dalam bidang yang diceburinya.

"Anda bermimpi & berfantasi, saya bersedia jadikannya realiti....."

SYAZWAN YAZID
Photography & Design
www.syazwanyazid.com

0 comments: